KUALA LUMPUR, 18 Mac – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berpandangan bahawa Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini tetap diraikan dengan penuh kesyukuran dan bukannya kemewahan. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Azalina memaklumkan beliau telah menghadiri Mesyuarat Mingguan Jemaah Menteri dan Mesyuarat Pasca Kabinet Jabatan Perdana Menteri pada Selasa. [...]