KOTA KINABALU - Shopee Malaysia terus memperkukuh komitmennya dalam mempromosikan keselamatan dalam talian serta pendidikan pengguna bagi membantu orang ramai mengenal pasti taktik penipuan, melindungi maklumat peribadi dan bertransaksi melalui saluran digital yang dipercayai.Inisiatif tersebut dilihat penting seiring peningkatan penyertaan rakyat Malaysia dalam ekonomi digital, sekali gus membantu pengguna membeli-belah dan melakukan transaksi dengan lebih yakin.Mewujudkan persekitaran digital yang selamat memerlukan kerjasama antara kerajaan, platform digital serta pengguna.Melalui usaha pendidikan pengguna yang berterusan, Shopee berhasrat melengkapkan pengguna dengan pengetahuan praktikal untuk mengenal pasti taktik penipuan yang lazim berlaku, selain sentiasa berwaspada terhadap interaksi mencurigakan dan mengamalkan tabiat membeli-belah dalam talian yang lebih selamat.Usaha itu turut diketengahkan sempena Hari Pengguna Kebangsaan 2026 yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.Pada program berkenaan, Shopee berinteraksi dengan orang ramai bagi meningkatkan kesedaran berkaitan penipuan dalam talian serta amalan membeli-belah digital yang selamat melalui pameran dan sesi perkongsian awam.Antara panduan yang dikongsikan termasuk mengenal pasti pautan mencurigakan, berhati-hati terhadap cubaan penyamaran, mengelakkan permintaan pembayaran di luar platform atau saluran rasmi serta tidak berkongsi maklumat sensitif seperti kod pengesahan sekali guna (OTP) atau butiran perbankan.Pengguna yang berdepan aktiviti mencurigakan juga digalakkan mendapatkan bantuan melalui saluran khidmat pelanggan dan pelaporan rasmi, selain sentiasa peka terhadap taktik penipuan yang sering memanipulasi rasa terdesak, penyamaran identiti dan permintaan pembayaran di luar platform.Ketua Hal Ehwal Luar Malaysia Shopee, Nik Emir Din berkata, keselamatan dalam talian merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, platform digital dan pengguna."Di Shopee, kami komited menyokong inisiatif yang membantu orang ramai mengenal pasti taktik penipuan, melindungi maklumat peribadi serta bertransaksi dengan lebih selamat melalui saluran yang dipercayai."Pendidikan pengguna kekal menjadi elemen penting dalam membina keyakinan terhadap ekonomi digital dan kami mengalu-alukan peluang untuk terus memperkukuh mesej ini melalui platform seperti Hari Pengguna Kebangsaan," katanya.Pada masa sama, Shopee turut memanfaatkan acara tersebut untuk membantu pengguna memahami dengan lebih jelas bagaimana pautan afiliasi rasmi berfungsi dalam ekosistem Shopee, sekali gus menekankan kepentingan berinteraksi melalui saluran sah yang berasaskan platform.Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali turut melawat pameran Shopee dan diberikan penerangan mengenai usaha pendidikan pengguna yang dilaksanakan platform tersebut bagi membantu rakyat Malaysia mengenal pasti taktik penipuan serta mengamalkan tabiat membeli-belah dalam talian yang lebih selamat.Beliau berkata, kesedaran pengguna merupakan benteng penting dalam menghadapi risiko penipuan dalam talian."KPDN menggalakkan kerjasama berterusan antara kerajaan, platform digital dan pengguna bagi mempromosikan amalan perdagangan digital yang lebih selamat," katanya.Shopee dalam masa sama menegaskan komitmennya untuk terus mempromosikan tingkah laku dalam talian yang selamat dan bertanggungjawab serta bekerjasama dengan rakan strategik dalam kalangan kerajaan dan industri bagi memperkukuh kepercayaan serta daya tahan ekonomi digital Malaysia.