AEON Bank santuni komuniti, perkasa keterangkuman kewangan dan tawar ganjaran Ramadan Syawal

KUALA LUMPUR - Berteraskan semangat berkongsi rezeki dan keindahan amal budi sepanjang Ramadan, AEON Bank melancarkan kempen Ramadan dan Syawal bertemakan "Niat di Hati, Budi Terpateri" bagi menyantuni pelanggan serta komuniti di seluruh negara.Sebagai bank digital Islamik pertama di Malaysia, kempen itu menekankan bahawa niat yang baik, apabila diterjemahkan melalui amalan budi yang molek, mampu mencetuskan manfaat yang amat bermakna.Mesej tersebut turut diangkat menerusi video Ramadan Aidilfitri 2026 terbitan AEON Bank yang disiarkan di saluran rasmi YouTube AEON Bank.NIAT DEMI MEMPERKASAKAN MASYARAKAT: SALAM PRIHATIN 4.0Dalam usaha memperkasa komuniti, AEON Bank meneruskan inisiatif Salam Prihatin yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya.Pada tahun ini, Salam Prihatin telah membantu 100 isi rumah, dengan jumlah keseluruhan 400 penerima sumbangan yang menghuni komuniti Perumahan Pantai Permai, Kuala Lumpur. Aktiviti tahun ini diadakan pada 3 Mac 2026, dengan kerjasama AEON BiG Wangsa Maju dan NGO tempatan, Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Penyayang Lembah Pantai (PERKEMP) Lembah Pantai.Dalam usaha menggalakkan keterangkuman kewangan di kalangan masyarakat setempat, keluarga penerima sumbangan Perumahan Pantai Permai juga diberi panduan oleh pasukan AEON Bank tentang perancangan bajet untuk mengoptimumkan pembelian barang dapur dan keperluan asas, berdasarkan keperluan keluarga masing-masing – sama ada isi rumah yang berbilang generasi, atau keluarga dengan anak-anak kecil atau mereka yang perlu menjaga orang kelainan upaya (OKU).Setiap keluarga menerima sumbangan menerima peruntukan bajet sebanyak RM300, lantas menggenapkan sumbangan AEON Bank pada tahun ini kepada jumlah keseluruhan sebanyak RM30,000. Demi membantu keluarga penerima sumbangan membeli barang dapur dan keperluan asas pada hari tersebut, lebih daripada 50 kakitangan AEON Bank, termasuk kepimpinan kanan Bank, telah ditugaskan untuk membantu mereka sepanjang aktiviti membeli-belahSejak diperkenalkan 4 tahun yang lalu, Salam Prihatin telah memanfaatkan hampir 2,000 penerima, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan bank tersebut dalam menyokong kesejahteraan masyarakat.Mendorong Keterangkuman Kewangan dan Memperkasakan Autonomi Bijak Bajet di Kalangan Penerima SumbanganDalam masa sama, AEON Bank turut memberi penekanan kepada aspek keterangkuman kewangan dengan menyediakan panduan perancangan bajet kepada penerima, khususnya dalam mengurus perbelanjaan isi rumah secara lebih bijak dan berkesan untuk mengoptimumkan pembelian barang dapur dan keperluan asas, berdasarkan keperluan keluarga masing-masing – sama ada isi rumah yang berbilang generasi, atau keluarga dengan anak-anak kecil atau mereka yang perlu menjaga orang kelainan upaya (OKU).NIAT KE ARAH MENDORONG CELIK RINGGIT: SIMPANAN BIJAK DAN GANJARAN BERGANDABagi membantu rakyat menangani kos sara hidup yang kian meningkat, AEON Bank memperkenalkan pelbagai ciri dalam aplikasi digitalnya, di samping memberikan ganjaran bermakna kepada para pelanggan, termasuk:(i) Neko Sensei: Penasihat kewangan dalam aplikasi AEON Bank yang direka khas untuk membantu pelanggan menjejaki dan menguruskan bajet kewangan masing-masing dengan bijak.(ii) Pulangan Tunai Raya RM30: Pelanggan boleh meraih pulangan tunai bernilai RM30 apabila membayar menggunakan Kad Debit-i AEON Bank di kedai-kedai yang menyertai kempen MyDebit, sah dari 1 Februari hingga 15 April 2026.(iii) Kadar Kompetitif bagi Savings Pot AEON Bank: Nikmati kadar keuntungan 3.00% setahun bagi Savings Pot AEON Bank dan deraskan pencapaian matlamat kewangan, sah sehingga 31 Mei 2026.(iv) Pembiayaan Peribadi-i (PF-i): Pilihan pembiayaan dari RM1,000 hingga RM100,000 dengan kadar keuntungan bermula daripada 3.88% setahun dan tempoh fleksibel dari 3 hingga 84 bulan. Proses permohonan PF-i dilaksanakan sepenuhnya di dalam talian menerusi aplikasi AEON Bank, dan disediakan untuk rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan kasar minimum RM2,500 termasuk kakitangan bergaji, individu bekerja sendiri, pekerja bebas dan pekerja ekonomi gig.(v) Neko Missions: Pengalaman gamifikasi perbankan digital yang menawarkan pulangan tunai RM5 untuk transaksi DuitNow QR menerusi aplikasi AEON Bank, sah sehingga 15 Mei 2026.(vi) JomPay: Pelanggan juga boleh melaksanakan transaksi JomPay seperti pembayaran bil telekomunikasi dan utiliti menerusi aplikasi AEON Bank, lantas memenuhi segala keperluan kewangan pelanggan dalam satu aplikasi.(vii) Inklusiviti dan Fleksibiliti: Berkuat kuasa 17 Mac 2026, AEON Bank akan memansuhkan had baki minimum, justeru memastikan bahawa perbankan digital patuh Syariah lebih terangkum dan dimanfaatkan oleh keseluruhan rakyat Malaysia.NIAT MENUNAIKAN KEWAJIPAN AGAMA: PEMBAYARAN ZAKAT YANG SAH DAN MUDAH MENERUSI APLIKASI AEON BANKSelain itu, ciri pembayaran zakat turut diperkenalkan bermula pada bulan Ramadan tahun ini menerusi kerjasama dengan Tulus Digital, membolehkan pelanggan menunaikan pelbagai jenis zakat dengan mudah dan sah kepada Lembaga Zakat Selangor dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Dengan hanya beberapa langkah mudah, pelanggan boleh membayar 11 jenis Zakat dengan Akad yang sah, termasuk Zakat Fitrah, Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Emas dan banyak lagi.NIAT KE ARAH MERAPATKAN PERBANKAN DIGITAL DENGAN KHALAYAK UMUM: KEUNIKAN O2ODalam mendekati masyarakat, AEON Bank turut mengadakan aktiviti di Bazar Ramadan Seksyen 2 dan 23, Shah Alam melalui pendekatan Online to Offline (O2O - dari dalam talian ke luar talian) dengan kerjasama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Selangor (PPPKMNS).Sebagai bank digital natif awan, AEON Bank komited menyediakan perkhidmatan kewangan patuh Syariah yang inklusif dan mudah diakses, sekali gus menyokong pembangunan ekonomi digital serta memperkasa kesejahteraan rakyat Malaysia.Klik SINI untuk mengunjungi laman web AEON Bank dan memuat turun aplikasi AEON Bank dengan mengimbas kod QR di bawah. Di samping itu, tonton video Ramadan Aidilfitri 2026 AEON Bank di saluran YouTube rasmi AEON Bank.