KUALA LUMPUR – AFA PRIME Berhad (AFA PRIME) melaksanakan strategi pengurusan trafik komprehensif termasuk pengaktifan Travel Time Advisory (TTA) bagi mengurangkan kesesakan sempena Aidilfitri 2026, khususnya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).Langkah proaktif itu bertujuan melancarkan aliran trafik di lokasi kritikal seperti Plaza Tol Gombak, Bentong dan Karak yang menjadi laluan utama ke Pantai Timur.AFA PRIME berkata, pengguna lebuh raya disaran merancang perjalanan mengikut jadual TTA ditetapkan bagi fasa balik kampung pada 19 dan 20 Mac serta fasa kembali ke bandar pada 23, 28 dan 29 Mac.Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur dan Selangor ke Pahang, waktu cadangan masuk antara jam 8 pagi hingga 11 pagi atau 12 tengah hari hingga 4 petang, manakala ke Terengganu dan Kelantan antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari atau 8 malam hingga 11 malam.Untuk perjalanan pulang ke ibu negara, pengguna dari Pahang disaran memasuki lebuh raya antara jam 7 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam, manakala dari Terengganu dan Kelantan antara jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, 4 petang hingga 8 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam.Penunggang motosikal pula digalakkan memanfaatkan waktu perjalanan bebas antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi perjalanan lebih lancar.Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AFA PRIME Berhad, Ahmad Faizi Latifi Ahmad Faiz berkata, pematuhan terhadap TTA bukan sahaja membantu melancarkan trafik, malah mewujudkan persekitaran pemanduan lebih selamat dan kurang tekanan.Selain TTA, AFA PRIME memastikan semua kemudahan lebuh raya berada pada tahap optimum dengan menempatkan unit rondaan dan pasukan tindak balas kecemasan di lokasi strategik.Pengguna kenderaan ringan juga dinasihatkan mengelakkan waktu puncak bas ekspres di Plaza Tol Gombak iaitu antara jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam bagi mengurangkan kesesakanOrang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi LPT-Line di talian 1-700-818-700 atau mengikuti kemas kini masa nyata di platform X menerusi akaun @LPTTrafik.