ENZO Fernandez mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya bersama Chelsea selepas The Blues tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) susulan kekalahan besar kepada Paris Saint-Germain (PSG).Chelsea mengalami kekalahan 0-3 di laman sendiri yang menyaksikan mereka tersingkir dengan agregat 2-8, sekali gus menamatkan kempen Eropah musim ini dengan kekecewaan.Tumpuan selepas perlawanan segera beralih kepada masa depan pemain tengah Argentina itu yang enggan memberikan jaminan akan terus kekal di Stamford Bridge."Saya tidak tahu, masih ada lapan perlawanan lagi di Liga Perdana dan Piala FA. Selepas itu ada Piala Dunia, kemudian kita lihat nanti," katanya kepada ESPN Argentina.Kenyataan itu dilihat sebagai petunjuk pertama ketidakpastian daripada pemain berkenaan, dengan laporan menyebut PSG antara kelab yang memantau situasinya menjelang jendela perpindahan musim panas.Walaupun kempen UCL berakhir hambar, Enzo tetap mempamerkan prestasi konsisten musim ini dengan 12 gol dan enam bantuan jaringan dalam 45 penampilan.Sebelum ini, Enzo menyuarakan rasa bangga bersama Chelsea walaupun melalui tempoh mencabar dengan perubahan pengurusan.Dalam pada itu, pengurus Chelsea, Liam Rosenior enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan pemainnya itu."Saya belum melihat kenyataan itu. Sukar untuk saya memberi komen mengenai spekulasi selepas perlawanan."Fokus utama sekarang adalah memastikan kami memperoleh keputusan baik menentang Everton," katanya.Chelsea kini memberi tumpuan untuk menamatkan saingan liga dalam kelompok empat terbaik bagi memastikan mereka kembali ke pentas elit Eropah musim depan.