KUALA LUMPUR – Sebuah kisah tentang usahawan bermusim yang muncul setiap kali Ramadan tiba menjadi jalan cerita filem Raya 2026 terbitan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).Berbeza daripada pendekatan konvensional, filem Raya SJPP ini menampilkan perjalanan tiga sahabat; Mira, Sofia dan Emma yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sepanjang Ramadan sebelum berdepan pelbagai cabaran dalam dunia keusahawanan, namun kemudian memperoleh keyakinan untuk berkembang.Pemangku Pegawai Utama SJPP, Juanita Rusmini Abdul Jalil berkata, penceritaan tersebut dipilih kerana ia mencerminkan realiti yang dihadapi ramai usahawan baharu di negara ini.Menurutnya, di sebalik setiap perniagaan, terdapat kisah pengorbanan, usaha keras serta harapan untuk mengembangkan perniagaan."Melalui filem Raya ini, kami ingin mengetengahkan kisah usahawan kecil yang memulakan langkah secara sederhana tetapi mempunyai impian besar untuk berkembang," katanya ketika sesi tayangan filem Raya SJPP 2026.Beliau berkata, kisah yang dipaparkan bukan sekadar cerita rekaan semata-mata, sebaliknya menggambarkan perjalanan sebenar ramai usahawan yang bermula secara kecil-kecilan sebelum berkembang dengan sokongan pembiayaan yang sesuai.Tambah beliau, selama ini SJPP memainkan peranan penting dalam membantu perniagaan mendapatkan akses kepada pembiayaan melalui skim jaminan pembiayaan yang disokong Kerajaan dengan kerjasama institusi-institusi kewangan.Katanya, apabila jumlah pembiayaan yang dijamin semakin meningkat saban tahun, usaha meningkatkan kesedaran tentang fungsi SJPP dalam kalangan usahawan menjadi semakin penting."Melalui sokongan pembiayaan ini, bukan sahaja perniagaan baharu dapat bercita-cita untuk lebih berdaya maju, malah perniagaan sedia ada juga boleh berkembang, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," ujarnya.Dalam filem Raya berkenaan, perjalanan tiga sahabat itu turut menggambarkan cabaran biasa yang sering dihadapi usahawan kecil seperti perbezaan pandangan, tekanan perniagaan serta ketidaktentuan pasaran.Namun dengan ketekunan, kerjasama dan keberanian untuk terus maju, perniagaan yang bermula kecil itu akhirnya berjaya berkembang menjadi sebuah perusahaan yang lebih mampan.Juanita berkata, mesej yang ingin disampaikan melalui filem Raya tersebut adalah jelas - bahawa di sebalik setiap kejayaan sesebuah perniagaan, sokongan yang tepat serta akses kepada pembiayaan mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan."Sempena Hari Raya ini, SJPP ingin menyampaikan mesej bahawa kami kekal komited memastikan perniagaan yang berdaya maju terus mendapat akses kepada pembiayaan melalui skim jaminan Kerajaan," katanya.Video Raya ini boleh ditonton di saluran YouTube SJPP.Mengenai Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP)Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) menyediakan sokongan kepada perniagaan yang layak melalui skim jaminan Kerajaan bagi meningkatkan akses pembiayaan serta keyakinan pihak institusi kewangan. Inisiatif ini membolehkan perniagaan fokus dalam membangunkan perniagaan, menaiktaraf fasiliti, serta mengukuhkan struktur kos operasi. SJPP diuruskan oleh Prokhas Sdn Bhd dan kedua-dua entiti ini dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).