Tradisi Pulang Ke Kampung Sempena Aidilfitri Satukan Keluarga

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari berkata tradisi pulang ke kampung ketika sambutan Aidilfitri wajar terus dipelihara kerana ia menjadi ruang terbaik untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran berkata kebiasaan tersebut bukan sekadar budaya, malah memberi peluang kepada ahli keluarga untuk bertemu dan berkumpul [...]