Manchester United dilaporkan mahu 'lelong’ Zirkzee, sedia rugi RM87 juta

MANCHESTER United dilaporkan sedia mengurangkan harga jualan Joshua Zirkzee selepas penyerang itu menyatakan hasrat untuk meninggalkan Old Trafford pada penghujung musim ini.Zirkzee yang menyertai The Red Devils pada 2024 dengan nilai perpindahan £36.5 juta (RM191 juta) dari Bologna, gagal membuktikan ketajamannya di Liga Perdana Inggeris (EPL) sehingga dilabel sebagai antara pembelian paling mengecewakan.Sepanjang dua musim di Manchester, pemain antarabangsa Belanda berusia 24 tahun itu hanya mampu meledak lima gol liga, jauh berbeza dengan prestasi cemerlangnya ketika bersama Bologna di Serie A.Meskipun pernah dikaitkan dengan perpindahan keluar pada musim panas lalu dan jendela Januari, Zirkzee sebelum ini memilih untuk kekal bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.Bagaimanapun, pertukaran pengurusan di kem United nampaknya tidak membantu menghidupkan semula karier pemain itu. Zirkzee dilaporkan gagal memikat hati pengurus baharu, Michael Carrick, yang menggantikan Ruben Amorim.Sejak Carrick mengambil alih kerusi panas di Old Trafford, Zirkzee belum pernah diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam sebarang perlawanan, sekali gus menguatkan lagi keinginannya untuk mencari angin baharu.Menurut laporan media Itali, Tuttosport, ejen pemain itu, Kia Joorabchian, sudah memberi bayangan jelas kepada kelab-kelab yang berminat bahawa perpindahan pada musim panas ini adalah keputusan terbaik buat semua pihak.Gergasi Itali, Roma, dilaporkan berada di barisan hadapan untuk mendapatkan khidmat Zirkzee selepas rundingan pinjaman dengan klausa pembelian bernilai £35 juta gagal dimuktamadkan pada Januari lalu.Selain Roma, Juventus juga dikatakan mula 'intai peluang' untuk membawa pulang penyerang itu ke Serie A.Lebih mengejutkan, United kini dilaporkan sedia melepaskan Zirkzee pada harga sekitar £20 juta (RM104 juta) sahaja, penurunan mendadak berbanding harga asalnya demi memastikan proses perpindahan berjalan lancar.Sekiranya perpindahan ini berlaku pada nilai tersebut, United terpaksa menelan hakikat kerugian sekitar RM87 juta ke atas pemain yang pada asalnya diharapkan mampu menjadi mesin gol baharu kelab itu.