Dua jurujual dituduh tipu wanita tawar pelaburan barang elektrik tidak wujud

KUANTAN - Dua jurujual termasuk seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan menipu seorang wanita dengan menawarkan pelaburan barangan elektrik tidak wujud, Januari lalu.Tertuduh, Muhammad Khairul Nizam Rahmat, 32 dan Nadyah Rozlan,25 bagaimapun mengaku tidak bersama dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi.Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nabilla Huda Jasmani, kedua-dua tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas didakwa secara curang mendorong wanita terbabit menyerahkan wang RM23,000.Diketahui, mangsa berusia 58 tahun itu tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan dengan tawaran pelaburan tersebut.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai pajak gadai di Jalan Bukit Ubi di sini pada 13 Januari lalu.Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahanEkoran pengakuan tidak bersalah kedua-dua tertuduh itu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan masing-masing RM10,000 dengan seorang penjamin.Bagaimanapun tertuduh melalui peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ahmad Syamsul Akmar Yusof memohon agar jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan pendapatan mereka hanya sekitar RM1,500.Muhammad Khairul Nizam menyara ibu manakala Nadyah seorang ibu tunggal mempunyai seorang anak yang bersekolah selain menanggung ayah yang uzur.Mengambil kira rayuan itu, Mohd Fauzan menetapkan jumlah jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin manakala 4 April depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.