Program IMRAN berkongsi berkah Ramadan bersama pelajar

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyemarakkan semangat kebersamaan dan berkongsi rezeki bersama warga institusi pendidikan serta komuniti setempat menerusi Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2026.Program dimulakan dengan perasmian yang disempurnakan oleh Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN bertempat di Politeknik Banting, Selangor pada 24 Februari lalu.Program IMRAN merupakan program signatur di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN yang telah dilaksanakan sejak tahun 2021.Program itu bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah silaturrahim serta memperkukuh hubungan baik antara PTPTN dengan para pelajar dan institusi pendidikan. Melalui penganjuran program ini, nilai-nilai kebersamaan, keprihatinan dan kasih sayang dapat dipupuk dalam kalangan pelajar serta tenaga pengajar secara berterusan.Program itu berlangsung dengan skala yang lebih besar berbanding tahun sebelumnya bermula 24 Februari hingga 13 Mac 2026.PTPTN telah menjelajah ke lima zon meliputi tujuh lokasi seluruh Malaysia iaitu Zon Tengah di Politeknik Banting dan City Universiti, Zon Utara di Politeknik Ungku Omar, Zon Timur di Politeknik Kota Bharu dan Zon Selatan di Politeknik Ibrahim Sultan.Manakala bagi Zon Borneo pelaksanaan program ini akan diadakan di Politeknik Kota Kinabalu dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak.Program IMRAN bukan sahaja menyemarakkan budaya berkongsi rezeki, malah mengeratkan silaturrahim antara PTPTN dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta memperkukuh persepsi positif masyarakat terhadap peranan PTPTN dalam menyantuni komuniti.Melalui program ini, kakitangan Politeknik, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pelajar serta kakitangan PTPTN bersama-sama bergotong-royong untuk penyediaan makanan berbuka puasa.