Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu

PUTRAJAYA - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu iaitu 21 Mac 2026.Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada Khamis."Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 21 Mac 2026," katanya menerusi siaran televisyen tempatan sebentar tadi.Ia diumumkan selepas aktiviti melihat anak bulan yang berlangsung selepas waktu Maghrib pada malam Jumaat.Proses cerapan anak bulan tersebut telah dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara.Cerapan anak bulan dikendalikan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan mufti negeri dan ahlinya, merangkumi pakar falak, alim ulama, pegawai falak berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).Maklumat rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia, terbitan JUPEM.