No. 1 EV di Malaysia

Dominasi Proton e.MAS 5 sebagai kenderaan elektrik (EV) paling laris di Malaysia kini terbukti menerusi rekod jualan luar biasa mencecah lebih 5,000 unit dalam tempoh dua bulan pertama 2026. Pencapaian ini secara drastik meletakkan e.MAS 5 sebagai EV nombor satu dalam pasaran tempatan, sekali gus memintas pesaing global yang lain. Secara keseluruhan, 1 daripada setiap 2 EV yang dijual pada 2026 ialah model Proton e.MAS, menjadikannya jenama EV nombor satu di negara ini. © New Straits Times Press (M) Bhd