'Raya Pertama' TNB hidupkan kembali semangat muhibah komuniti

KUALA LUMPUR - Budaya Malaysia sejak sekian lama menitikberatkan nilai menyantuni serta saling mengenali antara satu sama lain asas yang menyatukan kita semua dalam semangat komuniti muhibah.Namun, dalam arus permodenan dan gaya hidup bandar yang serba pantas, nilai-nilai ini tanpa kita sedari semakin terpinggir.Nilai-nilai muhibah dan silaturahim ini menjadi teras utama dalam filem raya terbaharu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Raya Pertama, yang menyelusuri cabaran dunia moden dalam membina hubungan sesama insan.Dalam masa yang sama, filem ini mengajak penonton untuk kembali kepada perkara asas yang membentuk sebuah masyarakat harmoni berteraskan silaturahim, empati dan saling mengenali tanpa mengira pangkat, bangsa, mahupun kepercayaan.Filem raya ini mengisahkan Adam, seorang mualaf berbangsa Cina yang menyambut Hari Raya Aidilfitri pertama di kampung halaman isterinya, Maria.Di sebalik kemeriahan dan gelak tawa, Adam berdepan cabaran untuk menyesuaikan diri dalam kalangan keluarga baharunya.Keadaan mula berubah apabila Adam bertemu dengan Ujang, seorang kanak-kanak aktif dan peramah yang membantunya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu itu.Menurut Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Samsul Ariffin Zainuddin, filem Raya Pertama ini memberikan perspektif yang bermakna mengenai sambutan perayaan dengan menekankan kepentingan hubungan seharian sesama insan serta bagaimana keikhlasan mampu membina rasa kebersamaan."Ini mencerminkan komitmen TNB dalam menerangi kehidupan rakyat. Dengan mengangkat nilai hubungan dan kebersamaan, kami sentiasa berkongsi kisah yang dekat dengan realiti kehidupan masyarakat seharian," katanya.Tambah Samsul Ariffin, TNB akan sentiasa memainkan peranan penting dengan menyediakan bekalan elektrik yang stabil dan berdaya harap bagi memastikan setiap detik bermakna yang dilalui setiap insan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, dapat diraikan dengan meriah dan penuh sinar."Filem Raya Pertama kini ditayangkan di saluran media sosial rasmi TNB," katanya.Beliau berkata, TNB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua."Semoga perayaan tahun ini membuka ruang buat kita untuk lebih mengenali insan di sekeliling dengan rapat, sekaligus mengeratkan perpaduan berteraskan semangat muhibah," katanya.