8 cedera, Bezza bertembung Saga

GERIK - Lapan individu termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta berhampiran surau Sekolah Menengah Air Panas di sini pada Sabtu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.02 tengah hari.Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai dan tiba pada jam 12.10 tengah hari."Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Proton Saga dan Perodua Bezza. Terdapat lapan mangsa terdiri daripada empat lelaki dewasa, dua wanita serta dua kanak-kanak."Tiga mangsa berada dalam Proton Saga manakala lima lagi di dalam Perodua Bezza. Kesemua mereka mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Sabarodzi berkata, komander operasi melakukan penilaian awal sebelum mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja penyelamatan menggunakan pengusung bagi mengeluarkan mangsa.Menurutnya, semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.Jelasnya, operasi berjaya dikawal pada jam 12.19 tengah hari dan tamat sepenuhnya pada jam 12.34 tengah hari.Operasi tersebut melibatkan sembilan anggota bersama tiga jentera.