SHAH ALAM – Tindakan tegas terhadap peminjam yang culas membayar pinjaman diambil demi memastikan kesinambungan bantuan kepada lebih ramai yang memerlukan.Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut dilakukan bagi membantu bangsa Melayu."Ada yang menghantar mesej mempersoalkan kenapa saya terlalu keras kepada penghutang MARA, tiga bulan tak bayar sudah dapat notis, katanya nak tolong Melayu."Maaf ya! Sebab nak tolong Melayulah hutang wajib dibayar. Ramai lagi anak bangsa yang perlu dibantu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Sebelum ini, peminjam MARA disarankan agar tidak melepaskan peluang untuk menikmati pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran.Asyraf Wajdi berkata, dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran itu telah dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis MARA.