Jalur Gemilang terbalik bukan isu politik - Radzi Jidin

SHAH ALAM - Kritikan terhadap pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik tidak wajar dianggap sebagai isu politik kerana ia merupakan lambang kedaulatan negara dan simbol nasionalisme yang perlu dihormati oleh setiap rakyat Malaysia.Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin turut mengingatkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bahawa anak watan yang patriotik akan sentiasa memberi penghormatan terhadap bendera negara."Wahai Yang Berhormat Anthony Loke, pemasangan Jalur Gemilang terbalik di mana sekali pun sememangnya bukan isu politik."Bendera adalah lambang kedaulatan negara dan simbol nasionalisme. Anak watan yang patriotik akan memberi penghormatan ke atas Jalur Gemilang," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.Terdahulu, Anthony Loke mengingatkan bahawa kesilapan pemasangan bendera oleh sebuah sekolah di Port Dickson baru-baru ini tidak sepatutnya dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak.Menurutnya, siasatan berhubung insiden tersebut kini sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengenal pasti sama ada ia dilakukan secara sengaja atau sebaliknya.Sinar Harian pada Ahad melaporkan bahawa SJKC Chung Hua, Port Dickson memohon maaf kepada seluruh masyarakat atas kesilapan memasang bendera itu secara terbalik di sekolah terbabit pada 1 Ogos lalu.Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak sekolah berkenaan dalam kenyataannya turut memaklumkan rasa kesal atas kesilapan yang berlaku dan memaklumkan bahawa bendera berkenaan telah pun dibetulkan.