Cazorla pilih gantung but bersama Real Oviedo

SANTI Cazorla akhirnya bakal menamatkan karier gemilang bersama kelab liga Sepanyol kampung halamannya, Real Oviedo selepas lebih dua dekad menabur bakti di pentas bola sepak profesional.Bekas bintang tengah Arsenal dan Villarreal itu mengesahkan musim 2025/26 akan menjadi musim terakhirnya sebagai pemain, sekali gus melengkapkan perjalanan penuh emosi yang ‘berpatah balik’ ke akar umbinya Oviedo, kelab yang ditinggalkannya pada 2003."Saya perlu dengar suara hati sendiri. Ini musim terakhir saya. Bila saya kecil, saya impikan untuk bermain bersama Oviedo. Sekarang saya sudah di sini, bermain di La Liga,satu rezeki besar," katanya kepada media Sepanyol.Cazorla, 40, yang baru menandatangani kontrak setahun tiga minggu lalu, membantu Oviedo kembali ke La Liga selepas 24 tahun apabila kelab itu menjuarai saingan play-off Divisyen Segunda musim lalu.