Akmal Saleh nafi tawar bantuan RM20,000 melalui media sosial

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan dirinya menawarkan bantuan berjumlah RM20,000 kepada mana-mana individu seperti yang tular di media sosial.Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, akaun palsu menggunakan namanya telah dibuat dengan niat untuk menjatuhkan nama baik beliau."Salam kepada semua sahabat-sahabat di media sosial saya. Untuk makluman, ini adalah akaun palsu yang dibuat untuk menjatuhkan nama baik saya. Kalau saya hendak beri duit RM20,000 pun, saya tidak akan mesej di media sosial ya."Harap boleh bantu lapor dan sekat terus akaun ini, dan jangan tertipu dengan penipu ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.Beliau dalam masa yang sama turut berharap agar pihak yang membuat akaun palsu menggunakan namanya diberikan balasan yang setimpal."Sama-sama kita doakan agar penipu yang membuat akaun palsu ini untuk menipu diberikan balasan yang setimpal dan dipendekkan umurnya supaya dia tidak terus hidup dalam keadaan menipu," katanya.