Bayi lelaki ditemui berbalut kain pelikat di pondok bas

PASIR PUTEH – Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan berbalut kain pelikat di sebuah pondok bas di Jalan Lama Kulim menghala ke Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tok Bali di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, bayi tersebut dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 1 tengah hari sebelum kejadian itu dilaporkan kepada polis.Menurutnya, siasatan awal mendapati bayi berkenaan berada dalam keadaan bernyawa, cukup sifat dan sempurna."Bayi tersebut berbalut dengan sehelai kain pelikat sebelum ditinggalkan di atas lantai pondok bas terbabit."Bayi itu telah dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk membuang bayi.Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh atau menghubungi talian hotline 09-786 2005.