Rundingan Konflik Thailand-Kemboja, Hutang Kerajaan MADANI Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Peranan Malaysia dalam menjayakan rundingan perdamaian serta gencatan senjata konflik Thailand-Kemboja antara fokus persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Berdasarkan Aturan Mesyuarat menerusi portal Parlimen, perkara berkenaan dibangkitkan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. Pada sesi yang sama, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) pula memohon penjelasan daripada Perdana Menteri [...]