KOTA KINABALU – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang didakwa berkaitan kes rasuah tiba di Mahkamah Rasuah Khas di sini pada Selasa.ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy tiba di mahkamah sekitar jam 9.15 pagi bagi menghadiri sebutan kes praperbicaraan.Kedua-dua ADUN tersebut hadir bersama barisan peguam mereka iaitu Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Rizwandean Bukhary M Borhan, Shahlan Jufri, Elhanan James, Datin Jaharah Patinbangi dan Prem Elmer Ganasan.Pada 30 Jun lalu, Dr Yusof dan Andi Muhammad Suryady bersama seorang ahli perniagaan bergelar Datuk telah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atas mereka.