PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menerima aduan berhubung iklan palsu lesen memandu tanpa latihan dan ujian 'lesen kopi-O'.JPJ dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan iklan daripada akaun media sosial sebuah sekolah memandu mempromosikan pemilikan lesen memandu tanpa ujian dengan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bertujuan memancing keyakinan orang ramai."JPJ menegaskan bahawa iklan dan akaun tersebut adalah palsu."Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya penyebaran promosi menerusi iklan atau akaun yang tidak sah bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kerugian," katanya.Menurutnya, orang ramai juga digalakkan merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut atau pertanyaan."Sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihak JPJ menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ - https://jpj.spab.gov.my/," katanya.