Bau busuk bongkar kematian warga emas, mayat hampir mereput

KUALA KRAI – Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam keadaan hampir mereput di ruang tamu sebuah unit rumah pangsa di Sri Guchil di sini, pada Selasa.Mayat wanita berusia 69 tahun itu ditemukan selepas pihak polis meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk membuka pintu rumah yang berkunci, susulan aduan bau busuk daripada penduduk setempat.Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairul Duha Abdul Halim berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 2.02 petang."Sebaik tiba lima minit kemudian, kami dapati pintu rumah berkunci dan memang ada bau busuk yang kuat."Anggota kemudian bertindak membuka pintu dan menemui mangsa yang sudah meninggal dunia di ruang tamu dalam keadaan hampir mereput," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.18 petang.