10 bengkel haram mengecat, baiki kenderaan di Klang diserbu

KLANG - Sebanyak 10 daripada 14 bengkel mengecat dan membaiki kenderaan di Lorong Batu Nilam 34/4, Bandar Bukit Tinggi 2 di sini didapati beroperasi tanpa lesen sah dalam satu operasi penguatkuasaan pada Selasa.Operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) itu mendapati empat bengkel kenderaan sahaja yang mempunyai lesen sah bagi tahun 2025.Susulan pemeriksaan tersebut, sebanyak 12 kompaun telah dikeluarkan terhadap pengusaha yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut peruntukan undang-undang pihak berkuasa tempatan, menurut MBDK dalam satu kenyataan.Katanya, lapan tindakan sitaan turut dilaksanakan ke atas bengkel yang gagal mematuhi syarat lesen dan peraturan ditetapkan."Operasi tersebut dilaksanakan sebagai usaha MBDK untuk memastikan hanya premis yang mematuhi peraturan dibenarkan beroperasi demi menjamin keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan penduduk setempat," tambahnya lagi.