KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MoF) akan mengumumkan perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 menjelang akhir September depan susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman penghargaaan buat rakyat pada 23 Julai lalu.MoF berkata, kerajaan sedang giat membangun dan menguji mekanisme penyasaran subsidi bagi memastikan ia beroperasi secara lancar apabila dilaksanakan."Usaha ini termasuk memperhalusi data daripada agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Perangkaan Malaysia."Kerajaan berusaha memastikan pendekatan yang lebih menyeluruh diterapkan supaya subsidi RON95 dapat meliputi kelompok yang disasarkan," katanya menerusi Jawapan Bagi Pertanyaan Jawab Lisan yang dipaparkan di portal Dewan Rakyat.MoF berkata demikian bagi menjawab soalan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang meminta kementerian itu menjelaskan status terkini pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 yang diumumkan oleh Kementerian Ekonomi berkenaan fasa front-end dan back-end.MoF memberitahu, rakyat terbanyak akan dapat menikmati harga RON95 yang lebih rendah iaitu RM1.99 seliter apabila penyasaran semula subsidi RON95 dilaksanakan melalui penggunaan MyKad,Katanya, mereka yang tidak layak untuk menikmati subsidi RON95 seperti bukan warganegara pula perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi.