PETALING JAYA – Seorang doktor pakar psikologi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa, kiriman WhatsApp ‘lantak lah hidup ke nak mati’ merupakan gurauan kasar antara ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin.Doktor Pakar Psikologi Kanak-Kanak, Dr Noor Aishah Rosli berkata demikian ketika perbicaraan bela diri dihadapi Ismanira Abdul Manaf, 30, atas satu kes pengabaian dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak autism itu.Semasa disoal peguam, Haresh Mahadevan, Dr Noor Aishah, 49, berkata, ia merupakan perbuatan yang normal bagi pasangan suami isteri.Meski pun ia dilihat menggunakan perkataan yang kasar namun katanya, ia bersifat atas permukaan sahaja."Ia cakap-cakap kosong yang tidak serius, sekadar meluahkan emosi, ada ayat yang kasar, ada juga biasa-biasa sahaja malah ada juga yang bergurau."Saya sama sekali tidak melihat ayat-ayat berkenaan sebagai suatu niat yang jahat," katanya ketika diminta menjelaskan pemahaman mesej WhatsApp Ismanira kepada satu nombor lain, mengikut bidang kepakaran saksi ini.Saksi ini juga dirujuk mesej ‘haishhh stres nak mati’, ‘kau je satu-satu org aku boleh lepas segala bende nak marah ke stres ke’, ‘budak ni elok je takde pun aku pukul pun sebenarnya aku tepuk punggung masing2 je tapi aku cakap perkataan belasah sbb aku tngah geram dan marah sgt2’.Dr Noor Aishah berkata, ayat itu normal kerana perkara itu yang dialami seorang isteri selain menjadi luahan Ismanira kepada suaminya.Katanya, kita tidak boleh mengambil ayat itu sebagai niat untuk melakukan jenayah."Jika tanya pada sesiapapun, ada sahaja mesej kita hantar kepada pasangan, menggunakan ayat-ayat yang kasar tapi tidak pernah mempunyai niat sedemikian."Ini sekadar luahan yang sebenarnya sayang, sengaja lepaskan perasaan kepada suami yang ketika itu sedang bekerja," katanya.Bagaimanapun, semasa pemeriksan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz, saksi terakhir pembelaan itu mengulangi pendirian bahawa mesej dihantar atas nama ‘Baby Sayang’ iaitu Ismanira kepada suaminya merupakan gurauan semata-mata.Pendakwaan: Maksud Dr, masa anak hilang kita sempat buat gurauan kasar?Dr Noor Aishah: Saya tidak setuju.Pendakwaan: Bukankah semasa peguam tertuduh soal mengenai mesej ‘lantak lah hidup ke nak mati’ Dr jawab Ismanira rasa bersalah sebab tidak jumpa Zayn Rayyan.Dr Noor Aishah: Saya tak cakap ia merupakan gurauan kasar.Pendakwaan: Soalan awal saya tadi, mesej itu Dr cakap ia merupakan gurauan kasar dan Dr jawab ‘ya betul’, tapi bila peguam tanya, Dr tak cakap itu gurauan kasar, Dr cakap setuju.Dr Noor Aishah: Ya.Pendakwaan: Jadi mengikut pandangan Dr, jika anak hilang kita hantar mesej kepada pasangan ‘lantak lah hidup ke nak mati’ adalah normal?Dr Noor Aishah: YaBagaimanapun, semasa pemeriksaan semula oleh Haresh, saksi yang mempunyai pengalaman 17 tahun dalam bidang psikologi itu berkata, beliau tidak bermaksud sesiapa sahaja boleh bergurau ketika anak hilang.Ini kerana katanya, mengikut corak perbualan antara Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, perbualan kasar itu merupakan suatu yang biasa dan spontan.Katanya, Ismanira seumpama mahu mendapat perhatian daripada suami supaya pulang dengan segera demi anak sulung mereka.Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam, keesokkannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam.Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring, dengan jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.