Lelaki lintas jalan tak guna jejantas maut dilanggar kereta

JOHOR BAHRU - Tindakan seorang lelaki melintas jalan tanpa menggunakan jejantas mengundang padah apabila dia maut dilanggar kereta di Kilometer (KM), 12 Jalan Johor Bahru-Air Hitam di sini pada Selasa.Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, kejadian dipercayai berlaku pada jam 4 pagi melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios 1.5S (AT)."Siasatan mendapati kereta berkenaan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun datang dari arah Taman Ungku Tun Aminah, Skudai dalam perjalanan menuju ke Iskandar Puteri."Bagaimanapun, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun melintas tanpa menggunakan jejantas untuk ke perhentian bas."Akibat kemalangan tersebut, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu tidak mengalami kecederaan," katanya.Tambah Balveer Singh, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Kanun Keseksaan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya.Justeru, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut agar menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Ong Jin Siong di talian, 011-16490168.