KUALA LUMPUR - Lazada, platform eDagang terkemuka Asia Tenggara, sekali lagi menegaskan komitmennya dalam memacu keusahawanan digital dan memperkasa perniagaan tempatan menerusi Sidang Kemuncak Penjual Lazada 2025, yang menarik lebih 1,000 penjual dari seluruh negara.Sidang kemuncak ini berperanan sebagai platform strategik untuk berkongsi cerapan, memperkenalkan alat baharu dan membincangkan masa depan ekonomi digital Malaysia.Memasuki tahun kedua, sidang ini menampilkan inovasi fasa seterusnya oleh Lazada, termasuk penyelesaian berasaskan AI, penawaran eksklusif di platform dan strategi dagangan yang dipacu pencipta kandungan.Ini mengukuhkan lagi peranan Lazada sebagai rakan pertumbuhan dan transformasi digital untuk para penjual.Selain mengetengahkan penyelesaian berasaskan AI, penjenamaan yang berbeza dan kebangkitan perdagangan sosial, acara ini turut meraikan kecemerlangan para penjual menerusi segmen anugerah khas yang mengiktiraf prestasi cemerlang dan pertumbuhan tinggi dalam kalangan penjual di platform tersebut. Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Teo Nie Ching, dengan membekalkan usahawan dengan alat praktikal dan panduan yang teratur, Lazada berperanan penting dalam mempercepatkan transformasi negara ke arah ekonomi yang lebih tangkas dan bersedia untuk masa depan."Kami berharap Lazada akan berusaha untuk menggalakkan lebih ramai penjual, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman, untuk mula berniaga dalam talian dan memanfaatkan alat digital ini, selaras dengan visi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)."Sebagai pemain utama dalam eDagang, Lazada berada pada kedudukan yang tepat untuk menyokong agenda nasional ini melalui kerjasama dengan inisiatif seperti Pusat Sebaran Maklumat Nasional di bawah Program Masyarakat Tanpa Tunai."Kerjasama seperti ini dapat membantu merapatkan jurang digital dan memastikan tiada komuniti yang tercicir dalam usaha Malaysia untuk menuju ke arah masa depan digital yang inklusif," katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Kaya Qin, Sidang Kemuncak Penjual 2025 mencerminkan pelaburan berterusan mereka dalam inovasi serta keyakinan kukuh terhadap keupayaan usahawan tempatan untuk membentuk masa depan perdagangan digital."Di Lazada, kami komited untuk membina ekosistem eDagang yang lebih pintar dan inklusif - di mana tanpa mengira saiz atau latar belakang, setiap penjual mempunyai akses kepada alat, cerapan dan peluang yang diperlukan untuk berkembang," jelasnya.Antara pengumuman utama pada sidang kemuncak tersebut ialah pelancaran alat penjual berasaskan AI, yang terus membuktikan komitmen Lazada terhadap pemerkasaan melalui teknologi. Inovasi ini direka bentuk untuk memudahkan perjalanan penjual di setiap peringkat — daripada pendaftaran dan operasi hinggalah ke pelaksanaan kempen dan pertumbuhan perniagaan.Dengan mengautomasikan tugas berulang dan menyediakan cerapan masa nyata, alat baharu ini bertujuan membantu penjual mencapai jualan pertama (break zero) dengan lebih pantas sambil kekal tangkas dalam pasaran yang sering berubah.Melengkapi kemajuan ini ialah pembentangan ekosistem sokongan Lazada yang diperluas, termasuk subsidi strategik, analisis data lanjutan dan penyelesaian pemenuhan yang dipertingkat supaya penjual diperkasakan untuk meningkatkan kadar penukaran dan menyokong pertumbuhan mampan.Sidang kemuncak ini turut mengetengahkan pengaruh yang semakin berkembang dalam perdagangan yang dipacu pencipta kandungan menerusi sesi khas yang menampilkan seorang pempengaruh terkenal dan panel yang terdiri daripada barisan Pemimpin Pendapat Utama (KOL) terkemuka.Mereka berkongsi pandangan dan strategi yang boleh terus dilaksanakan, termasuk cara merangka kempen berimpak tinggi, mentafsir perubahan tingkah laku pengguna, serta membina kerjasama yang tulen bagi mewujudkan keterlibatan yang lebih bermakna dengan audiens masa kini.ManakalaPengasas GAIAS Bedding & Bath, penerima Anugerah Jenama Tempatan Terbaik Tahun Ini, Lee Jia Wei berkata, kemenangan ini merupakan detik yang amat membanggakan bagi pasukan kami."Sokongan Lazada, daripada cerapan berasaskan AI hinggalah kemudahan penghantaran keutamaan, benar-benar telah membantu kami berkembang lebih cepat daripada yang kami jangkakan," katanya Ketua Pegawai Operasi Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd yang turut menerima Anugerah Jenama Tempatan Terbaik Tahun Ini, Khairul Idham Ramdzan pula berkata, pihaknya amat berbesar hati atas penerimaan anugerah ini."Ia mencerminkan sokongan padu daripada pelanggan serta usaha gigih pasukan kami. Lazada telah memberi kami peluang untuk berkembang sambil terus kekal dekat dengan komuniti kami," ujar beliau. Sidang Kemuncak Penjual Lazada terus berfungsi sebagai platform penting untuk perkongsian ilmu, peningkatan kemahiran dan pembangunan komuniti dalam kalangan penjual.Sebagai sebahagian daripada agenda sehari, para penjual diperkenalkan kepada ekosistem menyeluruh yang merangkumi pelbagai alat, program dan sokongan strategik untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan, semuanya direka untuk memastikan penjual baharu mahupun yang sedia ada mampu berkembang dalam landskap eDagang yang semakin kompetitif.