Haslinda Bidas Analogi ‘Lembu Betina’, Wanita Wajar Dihormati Bukan Jadi Bahan Hinaan

JOHOR BAHRU, 6 Ogos – Wanita UMNO Johor mengecam keras kenyataan seorang pemimpin muda yang menyamakan pemimpin wanita dengan “lembu betina”, yang disifatkan sebagai penghinaan melampau, tidak beradab, dan menjijikkan. Ketua Penerangan Wanita UMNO Johor merangkap ADUN Tenang, Haslinda Salleh menegaskan, perbandingan sebegitu bukan sahaja menyinggung individu yang menjadi sasaran, malah turut menghina seluruh wanita Malaysia yang selama ini berjuang [...]