KOTA KINABALU - Pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir meminta orang ramai menghentikan segera penularan gambar pelajar sekolah yang dikaitkan dengan kes kematian remaja itu di semua platform media sosial.Menurut peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, tindakan menyebarkan gambar pelajar sekolah serta membuat kenyataan negatif terhadap mereka adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 211 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Penyebaran senarai nama pelajar sekolah yang mengandungi maklumat peribadi mereka juga adalah satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 130 Akta Perlindungan Peribadi 2010 dan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Kami berharap penularan perkara-perkara di atas di semua platform media sosial dihentikan segera," katanya pada Rabu.Sehubungan itu, pasukan peguam meminta individu yang telah menyebarkan video dan gambar yang berkaitan memadam kandungan tersebut dengan segera."Spekulasi hanya menambah tekanan dan kesedihan kepada anak guam kami."Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan kes Zara diminta untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada polis untuk tujuan siasatan," tegasnya.Zara Qairina, 13, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di HQEI.Kematiannya mendapat perhatian pelbagai pihak selain tular di media sosial kerana didakwa ada kaitan dengan kejadian buli di sekolah berkenaan.