SHAH ALAM - Kerajaan didesak supaya mengambil tindakan segera dan menyeluruh bagi mengekang sindiket pemalsuan sijil akademik untuk tujuan tertentu termasuk bagi mendapatkan jawatan atau kenaikan pangkat.Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, usaha ini penting bagi memastikan nilai integriti sistem pendidikan negara terus terpelihara."Perkara ini bukan sekadar isu salah laku individu sahaja. Ia adalah simptom kepada ketirisan integriti dan ketiadaan penguatkuasaan berkesan."Ia juga bukan perkara baru, tapi sehingga hari ini belum jelas apakah tindakan tuntas kerajaan dalam menyiasat dan mendakwa mereka yang terbabit, termasuk mereka yang berprofil tinggi," katanya.Beliau memberi respons sedemikian susulan pendedahan media tempatan mengenai tindakan segelintir pihak yang memalsukan sijil kelayakan akademik untuk kepentingan peribadi.Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut menegaskan, perlunya wujud mekanisme semakan dan pengesahan kelayakan akademik yang benar-benar mampu mengekang sindiket seperti ini.Beliau dalam masa meminta kerajaan mengemukakan pelan jangka panjang bagi menangani isu besar tersebut.Apa sebenarnya pelan jangka panjang kerajaan untuk memulihkan semula kepercayaan terhadap sistem pendidikan dan sektor perkhidmatan awam yang tercemar akibat isu ini?" soalnya.