Eda Ezrin dibebaskan sepenuhnya

NARATHIWAT, THAILAND - Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini pada Rabu.Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam pada Rabu.Difahamkan, Mahkamah Wilayah Narathiwat sekarang ini sedang menguruskan surat pembebasan mereka sebelum diserahkan kepada pihak penjara.AKAN MENYUSUL