Ziarah Wanita UMNO Johor Semarak Silaturahim dan Prihatin Masyarakat

SEGAMAT, 6 Ogos – Naib Ketua Wanita UMNO Johor merangkap Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim terus memperkukuh agenda kebajikan dan semangat persaudaraan melalui penganjuran Jelajah Ziarah Prihatin di Zon Berata, di sini. Program ziarah yang memasuki sesi ketiga ini menjadi wadah mengeratkan silaturahim, menyantuni mereka yang sedang berdepan ujian kehidupan, termasuk golongan pesakit, individu kurang upaya, serta ibu-ibu [...]