PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu, masing-masing seorang lelaki dan wanita, bagi membantu siasatan berkaitan satu kes rasuah.Individu terbabit ialah Ang Eng Leng, 49, beralamat terakhir di Tower B-23A-07, Residensi Skyluxe, No. 6, Jalan Jalil Perkasa 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.Seorang lagi dikenali sebagai Rasnah binti Majuan, 50, yang mempunyai alamat terakhir di Kampung Tanjung Kapur, 89050 Kudat, Sabah.SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Ang Eng Leng diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sharifah Nuraini Syed Ibrahim di talian 06-2896000 / 019-7849821 atau e-mel sharifah.nuraini@sprm.gov.my."Bagi kes melibatkan Rasnah binti Majuan, orang ramai diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Ahmad Aslam Selamat di talian 088-488381 atau e-mel ahmadaslam@sprm.gov.my," katanya.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.