SHAH ALAM – Usahawan yang juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid tetap meneruskan tindakan saman terhadap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.Peguam yang mewakili Asyraf, Abdul Hakeem Aiman dari firma guaman Wan Shahrizal, Hari & Co, mengesahkan pihaknya telah memfailkan saman serta permohonan injunksi terhadap Caprice pada Isnin lalu."Kita sudah failkan saman hari Isnin dan injunksi pada hari yang sama."Bermakna, tindakan tetap diteruskan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Beliau turut menjelaskan bahawa kenyataan maaf yang dibuat oleh Caprice tidak diterima kerana dianggap tidak disampaikan dengan ikhlas dan jelas."Permohonan maaf yang dibuat tidak dibuat secara ikhlas dan tidak bersifat memohon kemaafan dengan nyata, jadi ia tidak diterima," ujarnya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Asyraf sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Caprice susulan kenyataan berbaur fitnah yang didakwa mencemarkan reputasi serta memberi gambaran salah terhadap dirinya.Menurut Asyraf, langkah itu bukan bermotifkan peribadi, sebaliknya dilakukan bagi memperbetulkan persepsi awam serta menjaga maruah keluarga dan reputasi perniagaannya yang terjejas ekoran salah faham berhubung kenyataan yang dibuat oleh Caprice sebelum ini mengenai siaran sedutan episod terbaharu di podcast kelolaannya.