Tular Jalur Gemilang terbalik: Polis nafi dakwaan, tiada laporan diterima

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang laporan polis diterima berhubung dakwaan Jalur Gemilang digantung terbalik di sebuah kedai serbaneka di Brickfields yang tular pada Rabu.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, semakan pihaknya mendapati Jalur Gemilang yang dipasang berada pada kedudukan biasa."Susulan hantaran tular di media sosial berhubung perkara itu, semakan dilakukan setakat ini mendapati tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian."Anggota polis turut digerakkan ke lokasi yang didakwa dan mendapati Jalur Gemilang yang dipasang di premis tersebut dalam keadaan normal," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Terdahulu, tular hantaran di media sosial memaparkan Jalur Gemilang digantung dalam keadaan terbalik di sebuah premis di sini.Keadaan itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang rata-ratanya menggesa tindakan tegas diambil berhubung kejadian berkenaan.