HARAPAN skuad bola sepak Bawah 20 Tahun (B-20) wanita negara untuk meraih mata dalam saingan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada Iran di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu.Anak buah Cameron Ng bermula agresif dan hampir membuka jaringan seawal minit keempat namun rembatan Najwa Irdina Zaidi sedikit melewati palang.Iran pimpinan Niloofar Ardalani yang tampil lebih tersusun membuka jaringan seawal minit ke-13 menerusi Maryam Dini sebelum penyerang sama menggandakan kelebihan pada minit ke-27.Gol ketiga pasukan pelawat hadir pada masa kecederaan babak kedua hasil jaringan pemain gantian Asal Ghajarian pada minit ke-91, sekali gus mengesahkan kemenangan mutlak skuad kendalian mereka.Malaysia dijadualkan meneruskan baki saingan kumpulan menentang gergasi Asia, Jepun pada Jumaat ini yang sebelum itu membelasah Guam, 5-0.