'Jangan bangun, teruskan makan' - Perompak minta warga emas tidak ganggu selongkar rumah

KLUANG – Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila kediamannya di Kampung Melayu, Simpang Renggam dimasuki seorang lelaki bertopeng dalam kejadian awal pagi Rabu.Kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang tinggal bersendirian sedang berehat di ruang tamu rumahnya.Difahamkan, tindakan lelaki itu berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam rumah berkenaan.Rakaman video tular berdurasi dua minit 50 saat itu menunjukkan suspek berpakaian baju biru gelap masuk ke dalam rumah dan menyelongkar ruang tamu untuk mencari barang berharga termasuk wang tunai.Wanita warga emas itu turut bertanya "awak datang dari mana?" namun diminta oleh suspek untuk duduk dan tidak bangun.Selain itu mangsa juga dilihat cuba menjerit meminta pertolongan selepas suspek merampas wang di dalam dompetnya.Bagaimanapun, wajah suspek yang dianggarkan berusia sekitar 40-an tidak dapat dikenal pasti kerana memakai topeng serta dipercayai sedar akan kehadiran CCTV di rumah tersebut.Lebih mengejutkan, suspek dilaporkan tidak membawa sebarang senjata tajam dan sebaliknya meminta wanita berkenaan agar meneruskan makan supaya tidak mengganggu perbuatannya menyelongkar rumah.Rakaman kejadian itu turut tular di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan tidak itu.