Konflik Thailand-Kemboja: ASEAN tidak perlu lagi campur tangan menyeluruh - Anwar

PUTRAJAYA – ASEAN tidak akan campur tangan secara menyeluruh dalam menangani konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja memandangkan usaha penyelarasan dua hala yang sedang dipacu Malaysia menunjukkan perkembangan positif.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua Menteri Pertahanan negara terlibat dalam pertemuan di Putrajaya pagi ini telah memberi komitmen untuk mematuhi syarat-syarat ketat bagi menjamin pematuhan sepenuhnya terhadap kawalan senjata di kawasan sempadan."Saya sudah berjumpa dengan Menteri Pertahanan Kemboja dan Thailand."Saya rasa tidak perlu lagi campur tangan ASEAN secara menyeluruh. "Mereka mendukung ikhtiar ini dan memadai Malaysia dan menekankan kerjasama dua hala Kamboja dan Thailand," katanya.Beliau berkata pada ketika ditemui pemberita selepas sesi libat urus Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan, di sini pada Khamis.AKAN MENYUSUL