Barang rampasan bernilai RM355,292 dilupuskan

TAIPING - Pelbagai barang rampasan hasil serbuan Polis Daerah Taiping untuk tempoh dari 2011 hingga Julai 2025 dianggarkan bernilai RM355,292 telah dilupuskan.Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pelupusan itu melibatkan 40 kertas siasatan kes kontraban, perjudian, barang am dan bitcoin yang berjaya diselesaikan."Pelupusan meliputi rampasan 427 unit mesin bitcoin pelbagai jenama bernilai RMRM106,750 serta 130 kotak dan 41 bungkusan mercun bernilai RM15,000."Kes kontraban pula melibatkan10,470 karton melibatkan 2 juta batang rokok pelbagai jenama bernilai RM266,788.45 serta 632 tin dan 44 botol arak pelbagai jenama bernilai RM1,753.55 dilupuskan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelupusan Mega Barang Kes yang disempurnakan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Luqman Abdul Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini pada Khamis.Hadir sama, Pengarah Pendakwaan negeri, Muhammad Zaki Abdul Kudos dan Majistret Ahmad Hamdi Mustafar.Mohamad Nasir berkata, kes lain melibatkan rampasan judi melibatkan daun terup, mesin judi dan wang tunai dengan nilai rampasan RM10,000."Barang am juga dilupuskan melibatkan rampasan sampel darah kes-kes seksual dari tahun 2011 hingga 2019."Pelupusan dijalankan mengikut peruntukan undang- undang di bawah Seksyen 407A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)," katanya.Beliau berkata, pelupusan itu dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan mengatasi masalah ruang simpanan barang kes selain mematuhi prosedur perundangan serta arahan mahkamah.