'Nak keluar parti, silakan tapi jangan hina UMNO' - Pemuda Kapar

KAPAR – Pemuda UMNO Bahagian Kapar menegaskan bahawa mereka tidak menghalang mana-mana ahli yang ingin meninggalkan parti, namun mengingatkan agar tindakan tersebut dilakukan dengan penuh adab tanpa memperlekeh atau memburukkan parti yang pernah memberi peluang dan ruang kepada mereka.Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Affifi Aris berkata, setiap individu mempunyai hak untuk membuat keputusan sama ada ingin melompat parti, berhenti keahlian, atau menyertai parti lain."Kamu nak lompat ke, kamu nak tinggalkan perjuangan ke, kamu nak berhenti keahlian ke, kamu nak daftar parti lain ke, pergilah. Tiada siapa yang menghalang."Saya ucapkan berbanyak terima kasih atas segala jasa yang pernah ditaburkan kepada parti ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Bagaimanapun, Affifi mengingatkan agar perpindahan ahli dilakukan secara berhemah dan tidak menghina perjuangan parti yang pernah mengangkat martabat mereka."Tetapi, janganlah perpindahan keluar kamu ini dilakukan dengan cara memperlekehkan, memperkecilkan, menghina mahupun memburukkan parti yang pernah mengangkat darjat kamu," ujarnya.Dalam masa yang sama, beliau menyeru ahli-ahli yang masih setia agar terus memperkukuh kesatuan dan menghindari sikap merasa diri ‘terpaling betul’."Kepada rakan-rakan yang masih setia, marilah kita rapatkan saf. Cukuplah rasa diri terpaling betul dalam semua keadaan. Hargai di antara satu sama lain, hentikan segala naratif yang mengeruhkan keadaan," katanya.Affifi turut menekankan kepentingan untuk terus bergerak ke hadapan bagi memastikan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) kekal menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."Sekarang, kita perlu bergerak untuk memastikan PRU16 yang akan datang, pengundi masih dan mahu memilih Dacing sebagai parti yang membela dan memajukan nasib mereka."Yakinkan. Eratkan. Sahabatkan Pemuda!" tambahnya.