RANTAU PANJANG - Polis akan terus menahan penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, suami dan empat lagi rakannya sebaik sahaja masuk ke negeri ini pada petang Khamis.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, penahanan itu bertujuan merakam percakapan."Kita sudah menempatkan anggota untuk tindakan berkenaan."Bagaimanapun dua daripada enam individu itu yang masuk ke Thailand secara haram akan ditangkap mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1958/63," katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis.Dua individu terbabit ialah Eridieka Mohd Noor, 33, Zuhaira Nasrin, 26.Eda Ezrin, suami, Mohd Affendi Ahmad, 35, bersama Mohamad Alif Deraman, 33, dan Nur Aida Mamat, 33, akan ditahan bertujuan merakam percakapan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakannya dijangka tiba di Balai Polis Sungai Golok di sini pada petang Khamis.Bagaimanapun, kesemua mereka perlu ke Balai Polis dan kemudian ke Depot Tahanan Imigresen Golok untuk urusan dokumentasi sebelum dibenarkan pulang ke Kelantan.Terdahulu, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini pada Rabu.Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam pada Rabu.Bagaimanapun, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakannya akan dipanggil untuk dirakam keterangan pada Khamis selepas dibebaskan dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini.Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, tindakan berkenaan akan dijalankan oleh JSJN Kelantan.Kesemua individu berkenaan akan dirakam keterangan, selain sampel air kencing turut diambil untuk saringan.