PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] ASEAN tidak akan campur tangan secara menyeluruh dalam menangani konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja memandangkan usaha penyelarasan dua hala yang sedang dipacu Malaysia menunjukkan perkembangan positif.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua Menteri Pertahanan negara terlibat ketika kunjungan hormat di pejabatnya pada pagi Khamis telah memberi komitmen untuk mematuhi syarat-syarat ketat bagi menjamin pematuhan sepenuhnya terhadap kawalan senjata di kawasan sempadan."Saya sudah berjumpa dengan Menteri Pertahanan Kemboja dan Thailand."Saya rasa tidak perlu lagi campur tangan ASEAN secara menyeluruh. "Mereka mendukung ikhtiar ini dan memadai Malaysia dan menekankan kerjasama dua hala Kamboja dan Thailand," katanya.Beliau berkata pada ketika ditemui pemberita selepas sesi libat urus Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan di sini pada Khamis.Menurutnya, hasil perbincangan itu membuahkan kesediaan kedua-dua negara agar Malaysia terus memainkan peranan sebagai penyelaras utama."Alhamdulillah, sekurang-kurangnya sehingga kini mereka mahu Malaysia teruskan penyelarasan."Mereka beri komitmen untuk mematuhi syarat-syarat menjamin senjata-senjata itu diamalkan sepenuhnya."Saya kata apapun pertikaian, tidak perlu tembak manusia sama ada tentera ataupun apa lagi rakyat awam," katanya.Tambah beliau, meskipun masih terdapat sedikit isu kecil, ia diyakini dapat diselesaikan dalam masa terdekat hasil rundingan berterusan antara pihak-pihak berkaitan."Kita bincang tadi dengan kedua-dua Menteri Pertahanan dan kemudian atase pertahanan ASEAN akan bersama memantau," jelas beliau.Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi ASEAN menegaskan menegaskan bahawa kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat tidak terlibat secara langsung dalam pengawasan sempadan tersebut."Mereka hanya menawarkan kerjasama dan bantuan logistik sekiranya perlu, dan tentunya kita sebut hanya bila perlu," ujarnya.Jelasnya lagi, Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan dan keselamatan kawasan sempadan kedua-dua negara berjiran itu, dengan sokongan penuh daripada ASEAN.Pertempuran yang memuncak pada 24 Julai lalu antara kedua-dua negara itu mengorbankan sekurang-kurangnya 43 nyawa di kedua-dua pihak.Lebih 300,000 penduduk dilaporkan melarikan diri dari kediaman masing-masing ketika kedua-dua negara berbalas serangan di kawasan sempadan.Konflik tercetus akibat pertikaian melibatkan sempadan darat yang dipertikaikan di sepanjang 800 kilometer.