Kerajaan pertimbang naikkan cukai tembakau - PM

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mempertimbang cadangan untuk menaikkan kadar cukai tembakau, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, langkah itu selari dengan komitmen kerajaan terhadap kesihatan awam dan pembaharuan hasil negara memandangkan sudah sekian lama tiada semakan semula kadar cukai tersebut."Saya setuju dengan semangat, bukan sahaja kerana saya tidak merokok tetapi kerana adanya kempen anti-merokok," katanya pada Khamis.Beliau berkata demikian demikian ketika ditanya sama ada kerajaan sedang meneliti langkah menaikkan kadar cukai tembakau dalam pembentangan Belanjawan 2026 pada Oktober ini.Ketika ini, cukai tembakau di Malaysia mewakili 58.6 peratus daripada harga runcit dan tiada prosedur tetap bagi pelarasan atau penilaian berkala dilaksanakan.Kali terakhir kadar cukai itu dinaikkan adalah pada September 2014.Sebelum ini, ahli ekonomi mencadangkan kadar cukai tembakau dinaikkan kepada antara 60 hingga 75 peratus.Dalam pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 minggu lalu, Anwar menyatakan kerajaan akan meluaskan pelaksanaan cukai pro-kesihatan yang sebelum ini hanya tertumpu kepada produk bergula, kepada tembakau, rokok elektronik dan alkohol.Peluasan cukai katanya bukan sahaja bertujuan meningkatkan hasil negara, tetapi lebih penting untuk menggalakkan perubahan tingkah laku rakyat dan mengekang peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD).NCD yang sering dikaitkan dengan gaya hidup tidak sihat merangkumi penyakit seperti serangan jantung, angin ahmar, diabetes dan kanser.Anwar turut menegaskan bahawa kesihatan kekal sebagai keutamaan kerajaan memandangkan sistem kesihatan awam kini semakin terbeban dengan inflasi perubatan, peningkatan penyakit dan pertambahan populasi warga emas.Mengikut takwim Parlimen, Belanjawan 2026 dijadual dibentangkan pada 10 Oktober ini.