Badminton Tertutup ‘Piala YB Suntuo’ Eratkan Hubungan ADUN Dan Komuniti

HULU LANGAT, 7 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz, terus komited mendekati masyarakat melalui pelbagai inisiatif rakyat, termasuk dalam bidang sukan. Terkini, beliau mengumumkan penganjuran Program Badminton Tertutup Piala YB Suntuo (Dusun Tua), sebagai usaha memperkukuh hubungan antara wakil rakyat dan penduduk setempat selain memupuk semangat kesukanan dalam kalangan komuniti. “Saya amat menghargai [...]