Syarikat e-hailing tidak adil, saksama boleh dikenakan tindakan - APAD

SHAH ALAM - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak akan berkompromi dengan sebarang amalan tidak adil dan saksama dalam sistem agihan tempahan yang dilaksanakan oleh syarikat pengendali e-hailing kepada pemandu.APAD dalam satu kenyataan menegaskan, semua perkhidmatan e-hailing wajib mematuhi syarat-syarat pelesenan dan syarat-syarat khas di bawah Perkara 9, Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP) Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) Syarat Khas (Bahagian III – Operasi) Kenderaan e-Hailing: Pemegang Lesen hendaklah memastikan sistem agihan tempahan yang ditetapkan adalah adil dan saksama kepada semua pemandu"."Sebarang pelanggaran terhadap syarat-syarat tersebut merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12A(9), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715]."Sekiranya disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 tetapi tidak lebih daripada RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," ujarnya pada Khamis.Tambah APAD, pihaknya memandang serius isu yang telah tular baru-baru ini berkaitan amalan berunsur diskriminasi berasaskan bahasa dalam sistem agihan tempahan sebuah aplikasi perkhidmatan e-hailing.Jelasnya, ia didakwa tidak memberikan agihan secara adil dan saksama kepada semua pemandu."Oleh itu, kami komited untuk memastikan kesinambungan industri perkhidmatan e-hailing sebagai perkhidmatan pengangkutan awam yang adil, telus dan inklusif."Selain itu, bebas daripada sebarang unsur diskriminasi terhadap semua pihak berkepentingan," ujarnya.