Khutbah Jumaat Khas bersama Imam Masjid Al-Nabawi esok

KUALA LUMPUR - Orang ramai dijemput untuk menghadiri Khutbah Jumaat Khas yang akan disampaikan Imam Masjid Al-Nabawi, Madinah, Sheikh Dr Salah Muhammad Al-Budair di Masjid Negara, esok.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan khutbah itu akan bermula pada jam 1.22 tengah hari."Alhamdulillah. Satu penghormatan besar buat Malaysia."Marilah kita bersama-sama hadir dan mengambil manfaat daripada khutbah yang bakal disampaikan oleh tokoh ulama besar dari Tanah Haram ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis. - Bernama