Hakim Danish teruja harungi baki dua perlumbaan terakhir Red Bull Rookies Cup

HAKIM Danish Ramli menyifatkan motosikal Yamaha Y15ZR peribadinya yang dinaik taraf kini menjadi pembakar semangat dalam usaha pelumba muda negara itu memburu tempat ke Kejuaraan Motosikal Dunia Moto3 musim depan.Anak jati Terengganu itu berkata, jentera khas tersebut hadir tepat pada masanya ketika pelumba berusia 18 tahun itu sedang gigih mengekalkan momentum dalam mengharungi dua baki pusingan saingan Red Bull Rookies Cup musim ini."Perlumbaan Red Bull Rookies Cup menjanjikan slot ke Moto3, musim depan, saya bertekad mengekalkan kedudukan pendahulu di Spielberg dan Austria."Saya berterima kasih kepada UMA Racing, memang menjadi hajat saya untuk memperbaiki motosikal yang saya beli secara tunai, wang hasil saya berlumba pada 2023."Kesibukan berlumba di Eropah menyebabkan hasrat itu terhalang dan saya tidak sangka UMA Racing merealisasikan impian saya ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Motosikal Yamaha Y15ZR di Puchong.Hakim Danish kini memimpin saingan Red Bull Rookies Cup dengan mengumpul 154 mata dicabar pesaing terdekat Brian Uriarte dari Sepanyol (141 mata) dan pelumba Indonesia, Veda Pratama ketiga dengan 130 mata.Dua baki perlumbaan Red Bull Rookies Cup dijadualkan berlangsung di Spielberg, Austria pada 16 hingga 17 Ogos dan di Misano, Itali dari 13 hingga 14 September ini.Sementara itu, Penolong Pengurus Besar UMA Racing, Alfred Lim menyifatkan kerjasama pihaknya bersama RCB serta ZK Racing dalam menaik taraf jentera peribadi Hakim sebagai inisiatif simbolik bagi memberi galakan moral kepada pelumba muda berkenaan."Hakim Danish sudah membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa, dan kami harap lebih banyak kejayaan akan menyusul selepas ini," katanya.