PENGENDALI Armed Forces FC, Kevin Lee Cooper menjangkakan cabaran getir menanti skuad kendaliannya apabila turun menentang Imigresen II (IFC II) dalam aksi Liga A1 Semi-Pro di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Jumaat ini.Menurut Kevin, meskipun Armed Forces bermula cemerlang dalam kempen musim ini dengan kemenangan 4-0 ke atas Bunga Raya FC di Stadium Mindef, beliau tidak mahu pemainnya terlalu selesa menjelang aksi kedua."Sejujurnya, perlawanan menentang Imigresen memang sentiasa sukar. Mereka pasukan yang kuat sejak beberapa musim lalu, dan saya percaya musim ini pun sama."Namun, kami akan turun dengan keyakinan tinggi hasil kemenangan yang meyakinkan tempoh hari," katanya kepada Sukan Sinar.Mengulas mengenai kemungkinan memperkuatkan skuad menerusi jendela perpindahan pemain yang masih dibuka, Kevin tidak menolak peluang untuk membawa masuk muka baharu sekiranya berpotensi meningkatkan kualiti pasukan."Seperti kebanyakan kelab lain, kami juga terbuka untuk menambah pemain, asalkan mereka sesuai dengan corak permainan dan mampu memberi nilai tambah kepada skuad sedia ada," jelasnya.Menyentuh prestasi anak buahnya ketika membenam Bunga Raya, Kevin menyifatkan tiga mata yang diraih itu sebagai permulaan sempurna untuk membina momentum dalam saingan liga divisyen kedua negara tersebut."Ia satu keputusan yang amat positif. Kami sudah berbincang sejak awal mengenai kepentingan memulakan musim dengan langkah kanan."Jadi kemenangan ini benar-benar menggembirakan semua pihak dan memberi asas kukuh untuk kami terus maju ke hadapan," katanya.INFOLIGA A1 SEMI-PROJUMAAT (8 OGOS)Machan FC lwn Perlis GSA FC(Stdm Tampin, Negeri Sembilan, 4.45 petang)Imigresen II lwn Armed Forces FC(Stdm UPM, Serdang, 8.45 malam)