RANTAU PANJANG - Penyanyi wanita terkenal Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan rakan, Nur Aida Mamat, 33, yang selamat tiba di negeri ini terus dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang.Kedua-dua mereka dibawa oleh kenderaan sambil diiringi polis sejurus tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.Sebelum itu, hanya Eda Ezrin dan Nur Aida Mamat, 33, dibenarkan pulang ke Kelantan pada malam Khamis.Jurucakap Imigresen Thailand berkata, suami Eda Ezrin, Mohd Affendi Ahmad, 35, dan tiga individu lain iaitu Eridieka Mohd Noor, 33, Zuhaira Nasrin, 26, dan Mohamad Alif Deraman, 33, masih belum dibenarkan pulang."Hal ini kerana keempat-empat mereka masih belum melengkapkan proses dokumentasi," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.Menurut jurucakap, kesemua mereka akan ditempatkan Depot Tahanan Imigresen Sungai Golok.Kesemua mereka menaiki trak pikap tiba di Depo Tahanan Imigresen Thailand pada jam 5 waktu tempatan.Terdahulu, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya daripada tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini pada Rabu.Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam pada Rabu.Sinar Harian pada Khamis melaporkan, polis akan terus menahan Eda Ezrin, suami dan empat lagi rakanya sebaik sahaja masuk ke negeri ini pada petang Khamis.Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, penahanan itu bertujuan merakam percakapan.